• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Diminta Tidak Masuk Campur Politik Kedah

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mencampuri urusan UMNO negeri Kedah sebaliknya menjaga hal politik negeri masing-masing.

Ujar Ahmad Bashah, tujuan Azmin mengeluarkan kenyataan kononnya pertukaran jawatan Menteri Besar antara beliau dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tahun lalu akan memberi undi kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 nanti hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat.

“Dia beri kenyataan ini semata-mata untuk mengalih perhatian serta fokus rakyat. Sebelum ini Azmin juga mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bukankah ia juga disebabkan krisis dalaman parti terbabit.

“Jadi dia tak perlu sibuk pasal UMNO, mereka ini terdiri daripada ahli UMNO yang keluar parti, mereka tiada semangat memperjuangkan parti,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman : Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Muzium Negeri di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata demikian selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Azmin bahawa krisis pertukaran Menteri Besar Kedah antara Ahmad Bashah dan Mukhriz akan menjadi penyumbang kepada sokongan undi kepada Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi bayangan mahu menjadi parti utama mendokong perjuangan Pakatan Harapan, Ahmad Bashah berkata beliau yakin DAP tidak akan memberi ruang itu kepada PPBM kerana DAP adalah sebuah parti yang lebih kuat dan teguh berbanding PPBM.

“Kerusi DAP di Parlimen sahaja sudah 38, mereka sudah ada kekuatan sendiri, sekiranya DAP memberi laluan kepada PPBM, pemimpin DAP akan hilang sokongan daripada anggota parti itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahAzmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd