• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AWAS, KEJARA Dilaksana Di Seluruh Negara 1 April

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 1 April ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat.

“Tahun lepas sahaja, angka kemalangan terutamanya kemalangan maut yang kita harapkan menurun, meningkat sehingga 10 peratus,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Fiesta Rakyat Sri Gading sempena Program Jalinan Mesra Kementerian Pengangkutan 2017 di Dataran Kompleks Niaga Parit Raja, dekat sini.

Dengan pelaksanaan gabungan dua sistem berkenaan, Ab. Aziz berkata ia sekali gus menunjukkan kerajaan sangat serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut.

Pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata demerit serta diberi amaran manakala kesalahan kedua akan disaman dan sekiranya masih lagi melakukan kesalahan, lesen memandu mereka akan digantung.

Selain itu, apabila dua sistem itu diselaraskan, pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik.

Pelaksanaan kedua-dua sistem itu juga akan turut memberi tumpuan terhadap kesalahan lalu lintas melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dibenarkan. – BERNAMA

Tags: AWASKEJARAperaturan jalan raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maut Ditimpa 6 Tan Majalah Porno Koleksi Peribadi

Next Post

Larangan Merokok Di Taman Awam Perlu Diperkasa

Related Posts

Tahap Kepatuhan Kepada AwAS Cecah 99 Peratus – JPJ

31/05/2022
0

PUTRAJAYA : Tahap kepatuhan pengguna jalan raya terhadap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) mencecah 99 peratus khususnya pada musim perayaan...

Saman AWAS: Kalau Pemandu Ingin Buang Air Besar?

08/04/2019
0

KUALA LUMPUR - "Bagaimanakah sekiranya pemandu terpaksa memandu laju kerana tiba-tiba sakit perut dan ingin membuang air besar, namun disaman...

Next Post

Larangan Merokok Di Taman Awam Perlu Diperkasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd