• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atuk 70 Tahun Kembali Menuntut Ilmu

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang datuk berusia 70 tahun membuktikan tiada had usia untuk menuntut ilmu apabila dia menduduki peperiksaan tahun 10 yang lazim diambil pelajar berusia 17 tahun.

Peperiksaan itu didudukinya 55 tahun selepas dia berhenti bersekolah.

Bapa tujuh anak, Parbat Makwana berkata, dia memilih mengambil peperiksaan itu kerana mahu berkhidmat untuk orang kampungnya sebagai naib presiden Kongres Daerah di Junagadh.

“Bahan pembelajaran banyak berubah berbanding beberapa dekad lalu, dan tidak dinafikan ia memang mencabar untuk kembali belajar selepas lebih 50 tahun.

“Namun berbaloi kerana kini saya berdiri seiring dengan ahli keluarga lain dari segi pendidikan,” katanya.

Menurutnya, ibunya yang berusia 101 tahun menjadi pendorong semangatnya untuk kembali belajar.

“Walaupun dia buta huruf, dia amat berpengetahuan malah ilmunya boleh dikatakan mengatasi orang terpelajar,” katanya.

Menurutnya, mata pelajaran kegemarannya ialah Sanskrit manakala yang paling dia tidak suka ialah matematik.

“Saya menghabiskan sekurang-kurangnya dua jam untuk belajar setiap hari tanpa menghadiri kelas tambahan.

“Namun saya akui bernasib baik kerana saya mengendalikan hostel pelajar jadi pihak pentadbiran memberikan saya sukatan pelajar untuk tahun 10,” katanya.

Setiausaha Peperiksaan Tahun 10 di Lembaga Pendidikan Menengah dan Tinggi Gujarat, BS Panchal menyifatkan Makwana sebagai contoh terbaik untuk membuktikan tiada had usia untuk belajar.

“Dia juga contoh baik kepada pelajar yang malas meneruskan persekolahan,” kata Panchal. – Agensi/myMetro Online

Tags: pelajarwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd