• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Unit Keselamatan Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
22/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang petugas Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di unit keselamatan, maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Cheras, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata dalam kemalangan kira-kira 3 pagi itu, mangsa Siti Nordalilah Kamaruddin, 35, yang cedera parah di kepala dan leher maut di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Perodua Alza yang dipandu mangsa dilanggar di sisi sebelah kanan oleh sebuah kereta jenis Honda Jazz.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, jenazah Siti Nordalilah akan dibawa ke rumah ibunya di AU3 Taman Keramat, di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, di sini untuk dikebumikan.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa, Suhaidan Sulaiman berkata kehilangan Siti Nordalilah amat dirasai oleh beliau dan rakan-rakannya yang lain.

Katanya, beliau telah mengenali mangsa sejak mereka sama-sama memulakan tugas di unit keselamatan Bernama kira-kira tujuh tahun lalu.

“Suami arwah yang memaklumkan kepada kami berkenaan berita sedih itu pagi tadi dan saya macam tak percaya arwah sudah tiada,” katanya.

Seorang lagi rakan mangsa, Amral Ibrahim, berkata Siti Nordalilah seorang yang periang dan mudah menghulurkan pertolongan. – BERNAMA

Tags: Bernamakemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd