• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota JPJ Didakwa Terima Rasuah RM1,000

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ketua Pemeriksa Kereta Motor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah.

Tertuduh Md Zamri Atan @ Mohd Salleh, 36, didakwa menerima suapan wang tunai RM1,000 daripada Ng Ken Hing sebagai upah untuk mempercepatkan Laporan Pemeriksaan Kenderaan bagi kenderaan Perodua Myvi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Kejuruteraan Automatif, JPJ Negeri Sembilan, 11 pagi, 15 Julai 2013.

Md Zambri didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah memandangkan dia perlu menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah dan ibu di kampung.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun Hakim Fathiyah Idris membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 2 Mei. – BERNAMA

Tags: JPJrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd