• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Maklum Peringatan Supaya Beri Prestasi Terbaik

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Peringatan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mahu wakil rakyat di negeri ini memberi prestasi terbaik perlu diberi perhatian serius, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Abang Johari dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak mutlak dalam menentukan prestasi wakil rakyat dan mereka pastinya mempunyai kaedah sendiri untuk menilai sama ada wakil rakyat telah menunaikan tugas serta tanggungjawab mereka.

“Sepatutnya memang begitu kerana kita mesti berasaskan kepada pencapaian. Kalau kita ‘perform’, mesti ada ganjarannya,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir 2,000 penerima dari Parlimen Petra Jaya di Akademi Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini.

Fadillah, yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Abang Johari kepada wakil rakyat supaya menjalankan tugas yang diamanahkan, atau mereka tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak itu turut menyatakan komitmen pergerakan itu bersama Abang Johari yang mahu wakil rakyat menunjukkan prestasi terbaik.

Ketika diminta mengulas mengenai satu lagi amaran Abang Johari supaya jangan menjadi wakil rakyat kerana hendak mencari peluang perniagaan, Fadillah berkata sememangnya wakil rakyat perlu memberi sepenuh perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat apabila dipilih.

“Sejak dahulu lagi ia memang jadi amalan khususnya dalam PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), daripada zaman Tun Abdul Taib Mahmud sehingga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Sekarang ini di bawah Abang Johari pun ditetapkan bahawa kita ada dua pilihan sama ada kalau kita nak terlibat dalam politik biarlah kita menjadi ahli politik yang memberi khidmat bakti kita kepada negeri, negara dan rakyat kita.

“Kalau nak berniaga kita kena fokus kepada peniagaan terutamanya kalau yang ada jawatan. Walaupun Ahli Parlimen biasa, memang dibenarkan untuk berniaga asalkan mereka tidak memegang apa-apa jawatan. Itu memang amalan di mana-mana negara yang amalkan demokrasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesilapan Saat Akhir Undang Padah Buat T-Team

Next Post

Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa Bantu, Bela Rakyat

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi

21/04/2018
0

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang...

Next Post

Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa Bantu, Bela Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd