• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alyah ‘Bermusuh’ Dengan Ramli MS Soal Muzik

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datin Alyah memberitahu sering ‘bermusuh’ dengan suaminya, Datuk Ramli MS apabila melibatkan hal-hal berkaitan bidang muzik.

Alyah berkata, walaupun Ramli seorang pengarah muzik terkenal namun mereka tidak pernah mencampur-adukkan hal peribadi dan kerjaya.

“Kami memang ‘musuh’ jika berkaitan hal kerja kerana kami memang tidak mencampur-adukkan hal peribadi dengan kerjaya masing-masing.

“Saya memang tidak pernah mendapat sebarang kelebihan hanya kerana dia suami saya,” katanya kepada mStar Online.

Alyah ditemui pada sidang media karnival Lefest yang diadakan di Saloma Bistro di sini, Khamis.

Atas dasar itu juga kata Alyah dia jarang terlibat dalam apa juga persembahan atau acara melibatkan Ramli.

“Banyak projek melibatkan suami memang saya tidak terlibat kerana tidak mahu orang fikir saya cuba ambil kesempatan.

“Kami pun memang jarang bercakap tentang hal-hal berkaitan muzik apabila di rumah,” katanya.

Sementara itu, Alyah berkata, dia baharu sahaja muncul dengan lagu berjudul Menunggu Bayangmu yang turut dijadikan lagu tema drama bersiri Lara Cinta Ameena.

Selain itu kata Alyah, dia juga bakal muncul dengan lagu duet bersama Farawahida iaitu Mengapa Harus Aku.

“Tahun ini saya ingin merancakkan kembali karier nyanyian dengan melancarkan tiga single secara berperingkat.

“Selain Menunggu Bayangmu dan Mengapa Harus Aku saya juga sudah merakamkan single ketiga tahun 2017 iaitu Jutaan Purnama.

“Dengan kelembapan penjualan album fizikal pada masa kini saya fokuskan kepada penghasilan single sahaja dan menunggu masa sesuai untuk tampil dengan album penuh,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Alyahpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Di Segamat Kekal 10 Orang Pagi Ini

Next Post

Skandal Hartanah: Exco Johor Dibawa Ke Mahkamah

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Skandal Hartanah: Exco Johor Dibawa Ke Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd