• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alessandra Kongsi Foto Makan Kala Jengking Di IG

oleh AK-47
11/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUPERMODEL terkenal Alessandra Ambrosio menerusi laman Instagramnya, alessandraambrosio berkongsi sekeping foto ketika menikmati snek eksotik popular di Chengdu wilayah Sichuan, China.

Menerusi foto itu Ambrosio dilihat memegang seekor kala jengking yang dicucuk pada sebatang kayu pencucuk sambil mulutnya ternganga dengan kapsyen berbunyi “Snack time#WheninChina.”

Peluang berada di China tidak dilepaskan oleh model beranak dua ini untuk menikmati hidangan eksotik dan mengenali budaya tempatan.

Dia juga tidak melepaskan peluang dengan berkunjung ke Madame Tussauds di Shanghai yang terkenal menempatkan patung lilinnya.

Alessandra Kongsi Foto Makan Kala Jengking Di IG

Alessandra Kongsi Foto Makan Kala Jengking Di IG

Kunjung Ambrosio ke China adalah untuk memperomosikan pakaian dalam jenama terkenal Victoria Secret (VS) yang baharu sahaja membuka cawangannya di negara itu pada bulan lalu.

Selain itu, ia sebagai persediaan untuk pertunjukkan fesyen akan datang. Ambrosio merupakan antara barisan model yang pernah berjalan di pentas peragaan jenama pakaian dalam terkenal itu.

Selain Ambrosio, beberapa model terkenal VS seperti Josephine Skriver serta model kelahiran negara itu Sui He dan Ming Xi yang menjadi penghias jenama VS turut berada di sana.

Difahamkan untuk pertunjukkan fesyen tahun ini akan diadakan di China pada musim luruh depan namun maklumat terperinci mengenai acara itu belum lagi diputuskan oleh syarikat jenama pakaian dalam terkenal itu.

Namun ura-ura mengatakan bahawa ia akan diadakan pada bulan November dan disiarkan di Amerika Syarikat pada Disember. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Alessandra Ambrosioeksotikkala jengkingmodel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nicol Hampir Akhiri Kemarau Gelaran Juara 14 Bulan

Next Post

2 Laman Web Dikenal Pasti Sebar Fahaman Daesh

Related Posts

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

Next Post

2 Laman Web Dikenal Pasti Sebar Fahaman Daesh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd