Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

3 Sekeluarga Didakwa Dagang...

KUALA LUMPUR - Tiga sekeluarga warganegara Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, di...

Penapis Dibenarkan Dalam Gambar...

UTAH – Bekas pelakon filem lucah, Jessica  Steinhauser atau nama  glamornya, Asia Lemmon dibenarkan memakai...

Najwa Mahiaddin Bergelar Isteri...

MEMILIH untuk mengikat tali pertunangan selama tiga bulan, penyanyi Najwa Mahiaddin akhirnya bakal bergelar...

Penuntut IPTA Didenda Khalwat...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, seorang penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi...

Agong Rasmikan Masjid Sultan Muhammad V

MELAKA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat merasmikan Masjid Sultan Muhammad V di Kompleks Penjara Sungai Udang di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada kira-kira 1.10 petang disambut oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta kira-kira 2,000 orang penduduk.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menandatangi plak perasmian sebelum menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Selepas itu, Seri Paduka berkenaan menghadiri majlis santapan bersama rakyat.

Kompleks penjara dan masjid itu dibina dengan kos keseluruhan RM305 juta dan siap sepenuhnya pada 25 Februari 2010.

Masjid yang berkonsepkan moden kontemporari itu mampu menampung 2,000 orang jemaah dalam satu-satu masa


Sultan Muhammad V dalam rangka lawatan tiga hari ke Melaka hingga Sabtu ini.

Ia merupakan lawatan pertama Seri Paduka sejak menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember lepas. – BERNAMA

Kategori