• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Di Bawah KKMM Perlu Proaktif Hadapi PRU-14

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru agensi di bawahnya agar lebih proaktif dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari berkata Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) haruslah pantas dalam menjawab segala tohmahan tidak berasas dan isu negatif pihak pembangkang.

“Kesemua agensi ini merupakan kunci kepada kestabilan politik dan keharmonian negara kita. Serangan bertubi-tubi pembangkang tidak harus dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah sempena pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peringkat Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu itu menyeru UMNO Terengganu supaya segera mengubah cara kerja agar sentiasa terkini dan bersesuaian dengan kemahuan rakyat hari ini.

“Jika kita tidak seiring dengan peredaran zaman, kita akan jauh ketinggalan dan kita tidak mahu ia berlaku.

“Lupakan persengketaan antara kita dan kukuhkan perpaduan. Jangan terlalu memikirkan siapa yang akan menjadi calon untuk PRU-14 kelak kerana mulai sekarang kita semua perlu bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Sementara itu, Jailani berkata pertandingan PDM ini diadakan bertujuan untuk menghidup dan menggerakkan aktiviti PDM ke arah menghadapi PRU-14 serta mengumpul data dan maklumat terkini pilihan raya di samping menilai keberkesanan, kecekapan serta semangat jentera pilihan raya di peringkat PDM.

PDM terbaik dimenangi oleh PDM Pulau Bahagia, Manir dan membawa pulang RM4,000 sebagai hadiah utama, tempat kedua ialah PDM Tok Randok dan ketiga PDM Nibong. – BERNAMA

Tags: KKMMPRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd