• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFC Umum Stadium Berkecuali Dalam 2 Hari Lagi

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan Malaysia agar perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara di gelanggang berkecuali akan diketahui dalam masa dua hari lagi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya yakin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan meluluskan permohonan FAM itu, selepas kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia beraksi di Pyongyang.

Selain itu, beliau berkata aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan Malaysia selaku tuan rumah pada 14 November ini, berkemungkinan turut diadakan di gelanggang berkecuali.

“Pagi tadi saya menghubungi Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, kita akan mendapat maklum balas dalam masa dua hari. Saya juga ingin menegaskan perlawanan ini akan tetap diadakan atas semangat kesukanan.

“Bermain di padang berkecuali itu mungkin tiada masalah kerana negara seperti Israel, Palestin, Syria dan Arab Saudi pernah dibenarkan bermain di gelanggang berkecuali atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Anugerah Pemain Bulanan Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) di sini, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Pyongyang, 28 Mac ini.

Namun, semalam kerajaan Malaysia melarang skuad negara ke Pyongyang, susulan hubungan tegang kedua-dua negara, sejak kes pembunuhan Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas oleh media sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, pada 13 Februari lepas.

Terbaharu pada hari ini, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas Korea Utara bertindak menghalang rakyat Malaysia daripada keluar dari negara berkenaan.

Hamidin berkata FAM juga telah memberikan beberapa cadangan mengenai gelanggang berkecuali itu, tetapi enggan mengulas lanjut dan menyerahkan keputusan tersebut kepada AFC.

“Ia tidak melibatkan urusan pentadbiran dalam FAM. Dalam hal ini, FAM juga tidak membuat protes dan memang bersetuju dengan keputusan kerajaan kerana melibatkan isu keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Bertudung Kantoi Curi Barang Kemas

Next Post

6,320,769 Permohonan BR1M 2017 Diluluskan

Related Posts

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

26/01/2024
0

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik perlawanan ketiga...

AFC Pilih Malaysia Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023

17/02/2022
0

PEMINAT bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada Khamis mengumumkan Malaysia dipilih sebagai tuan...

Next Post

6,320,769 Permohonan BR1M 2017 Diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd