• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,320,769 Permohonan BR1M 2017 Diluluskan

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,320,769 permohonan diluluskan bagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Ia merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

“Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2017, surat dan e-mel pemakluman akan dihantar kepada pemohon yang akan menjelaskan sebab kegagalan dan juga kaedah rayuan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) yang terdekat sehingga 31 Mei ini (2017), katanya.

Perayu perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan dokumen sokongan berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini seperti yang dinyatakan dalam surat atau e-mel, katanya.

Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kementerian itu berkata pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM untuk membuat rayuan tersebut.

Menurut kementerian itu, pemohon hanya perlu mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan.

Kementerian Kewangan berkata penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat terkini seperti maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada [email protected]. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd