• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9A SPM, Anak Noniswara Bakal Dapat Mini Cooper

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM merupakan antara hari yang paling gembira buat pelakon dramatis Noniswara, apabila anak keduanya, Nur Erysha Emyra Zakaria berjaya raih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Erysha, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki mendapat keputusan cemerlang itu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam.

9A SPM, Anak Noniswara Bakal Dapat Mini Cooper

Sementara itu, Noniswara atau lebih mesra dipanggil Nonis, 48, mengakui selaku ibu, dia berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.

“Alhamdulillah, semestinya sebagai ibu, saya berbangga, sebak dan gembira. Tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan ini melihatkan kejayaan seorang anak.

“Erysha anak yang berdisiplin dalam akademik. Saya tidak perlu bersusah payah hendak memaksanya, sebaliknya dia sendiri tahu apa yang perlu dibuat. Jujurnya, bukan dia seorang saja, anak-anak saya yang lain juga begitu,” katanya kepada BH Online.

9A SPM, Anak Noniswara Bakal Dapat Mini Cooper

Menurut Nonis lagi, atas pencapaian cemerlang itu, Erysha bakal menerima hadiah sebuah kereta Mini Cooper.

“Setakat ini, Daddy dia yang sudah berjanji untuk membelikan kereta Mini Cooper untuk Erysha jika dia cemerlang dalam SPM.

“Cuma, setakat ini dia belum lagi meminta apa-apa hadiah daripada saya,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, Erysha dijangka bakal mengambil bidang perakaunan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita ‘Bad Mood’ Tabur Duit Atas Jalan Raya

Next Post

Velodrom Nasional Di Nilai Siap Bulan Depan

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

04/12/2024
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas...

Next Post

Velodrom Nasional Di Nilai Siap Bulan Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd