• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Acara Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

oleh
19/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Enam acara utama diatur di peringkat negeri ini bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis ini, yang bermula esok hingga 27 April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata sebagai simbolik bermulanya sambutan, Majlis Istiadat Meletak Kerja akan diadakan di Tugu Peringatan Istana Besar, di sini pagi esok.

“Sambutan disusuli dengan Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman dan Majlis Mengadap Takzim pada 8.30 pagi, di Istana Besar, Khamis ini.

“Majlis Ikrar dan Taat Setia pula dijadualkan diadakan serentak di seluruh 10 daerah di negeri ini pada 8 pagi hari yang sama,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ayub berkata pada sebelah petang pula, majlis Jamuan Teh akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini, mulai 2.30 petang hingga 6.30 petang yang boleh dihadiri oleh orang awam.

Beliau berkata Sultan Ibrahim dan keluarga diraja Johor dijadualkan turut berangkat ke majlis berkenaan.

Katanya sambutan kemudian disusuli dengan Konsert Payung Mahkota di Dataran MBJB pada 8 malam Sabtu ini yang menampilkan beberapa artis tempatan termasuk Hafiz Suip, Syura dan Haziq Rosebi.

Jamuan Negeri di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar pula dijadual diadakan pada 2 April manakala Multaqa Ulama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dijadualkan pada 27 April depan, katanya.

“Sehubungan itu, orang ramai terutamanya warga Johor dijemput hadir ke majlis yang diadakan seperti Jamuan Teh dan Konsert Payung Mahkota selain menyertai program lain yang dianjurkan pelbagai agensi di setiap daerah masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd