Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Lebih 100 Artifak Berusia...

BALING - Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik...

T’ganu Saran Malaysia Ketuai...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini menyarankan supaya Malaysia mengetuai negara-negara Islam...

Foto Nabila Huda Jual...

Ramai yang menyangka menjadi insan bergelar artis adalah paling seronok dan menguntungkan. Tiada siapa...

Ronaldo Pakai Jam Rolex...

LONDON - Status sebagai atlet terkaya di dunia membolehkan bintang bola sepak, Cristiano...

50 Kanak-Kanak Sertai Majlis Berkhatan HSA

SHAH ALAM – Lima puluh kanak-kanak menyertai upacara berkhatan beramai-ramai anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Shah Alam (HSA) di sini hari ini sempena cuti persekolahan.

Pengarah hospital, Datin Paduka Dr Hasni Hanapi berkata program berkhatan beramai-ramai berkenaan merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan hospital berkenaan bermula tahun lepas.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan itu, majlis ini kini menjadi acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Nek Zaidi Zakaria dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamarudin.


Tambah Dr Hasni, pada masa kini, masyarakat tidak mengira agama telah memahami kepentingan berkhatan yang antaranya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit bawaan seks termasuk HIV.

Pada majlis yang sama, seramai 25 kanak-kanak dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang dan 38 orang penghuni Rumah Jagaan Nur Ikhwan Klang turut diraikan. – BERNAMA

Kategori