• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Kanak-Kanak Sertai Majlis Berkhatan HSA

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lima puluh kanak-kanak menyertai upacara berkhatan beramai-ramai anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Shah Alam (HSA) di sini hari ini sempena cuti persekolahan.

Pengarah hospital, Datin Paduka Dr Hasni Hanapi berkata program berkhatan beramai-ramai berkenaan merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan hospital berkenaan bermula tahun lepas.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan itu, majlis ini kini menjadi acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Nek Zaidi Zakaria dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamarudin.

Tambah Dr Hasni, pada masa kini, masyarakat tidak mengira agama telah memahami kepentingan berkhatan yang antaranya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit bawaan seks termasuk HIV.

Pada majlis yang sama, seramai 25 kanak-kanak dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang dan 38 orang penghuni Rumah Jagaan Nur Ikhwan Klang turut diraikan. – BERNAMA

Tags: Berkhatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Lancar Zon Perdagangan Bebas Digital Rabu Ini

Next Post

Lebih 31,000 Pesakit Menunggu Organ Buah Pinggang

Related Posts

Remaja Putus Kepala Zakar Dapat Pampasan RM150,000

23/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Nasib malang remaja lelaki berumur 19 tahun yang terpotong kepala alat zakar ketika berkhatan sembilan tahun lalu,...

Pegawai Terlibat Kes Saman Cuai Proses Khatan Dipanggil

01/12/2018
0

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan panggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana alami...

Next Post

Lebih 31,000 Pesakit Menunggu Organ Buah Pinggang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd