• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Suspek Skandal Hartanah Dibebas Dengan Jaminan

oleh
09/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Empat lelaki yang sebelum ini ditahan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari
ini.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Saba’aton Daud, selepas membenarkan permohonan SPRM.

Ia selari dengan tempoh reman ke atas mereka yang telah mencapai had maksimum 14 hari.

Bagaimanapun, siasatan lanjut ke atas keempat-empat suspek masih diteruskan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Keempat-empat mereka yang terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang exco kerajaan negeri serta seorang peguam dan orang awam itu, merupakan antara tujuh individu yang ditahan berhubung kes terbabit.

Bagaimanapun, tiga lagi yang merupakan merupakan dua pemaju dan seorang kontraktorn telah dibebaskan, masing-masing pada 3 dan 7 Mac lalu, juga dengan jaminan SPRM.

Terdahulu, empat kenderaan yang membawa kesemua suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 9.28 pagi sebelum mereka dibawa masuk ke pejabat Saba’aton.

Kesemua suspek berumur antara 25 dan 50 tahun ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam operasi berasingan pada 24 dan 28 Feb.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,00 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Hartanah JohorrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd