ADA orang tweet “4 flat dekat UiTM bersamaan dengan 2 pointer dekat UIA, tengok betapa susah jadi pelajar UIA” lebih kurang so harini aku terpanggil plak nak komen jugak sebab aku adalah Alumni UiTM.
Ramai cakap UiTM senang nak masuk, result SPM biasa-biasa pun boleh masuk…ramai cakap nak dapat 4 flat and 1st class senang sebab takde persaingan…ramai cakap students UiTM tak berkualiti macam students universiti lain.
Bukan senang nak masuk UiTM. Aku ni pun kira rezeki kalau tak memang tak merasa nak belajar dekat UiTM ni.
Lepas SPM first offer yang aku dapat STPM tapi aku tak nak. So aku tunggu lagi offer yang lain. Sekali dapat Politeknik PD dalam bidang Diploma Kesetiausahaan selama 2 tahun. Time dapat offer poli memang dah prepare barang dah siap dah tinggal nak pergi je tapi ada orang kata pulak kalau masuk diploma bagus senang dapat kerja market memang tinggi, tapi memang aku sedih giler sebab kawan-kawan aku semua dapat masuk universiti tapi rezeki aku dekat politeknik je.
Aku memang nak masuk Universiti sebab aku pun nak merasa lah jugak bergelar mahasiswa, mak aku dah cakap redha je lah masuk Poli ni asalkan belajar. Then dalam beberapa hari nak pergi tu tetiba aku dapat offer dari UiTM Segamat dalam bidang Diploma Pengurusan Maklumat.
Alhamdulillah sepanjang Diploma aku dapat Dean list sebanyak 4 semester..1st and 2nd semester aku tak dapat lagi rentak nak study dekat Universiti…dah masuk semester 3 hingga semester 6 aku dapat kekalkan momentum pointer sebab dapat jumpa kawan yang betul menolong aku dalam pembelajaran ni tapi aku tak grad dengan pointer 3.50 ke atas sipi je sebab 1st year aku tak perform elok-elok.
Dah habis Diploma aku sambung Degree plak dalam bidang yang sama sebab aku tak dapat offer dalam bidang yang lain so redha and belajar je lah selagi termampu. Semester 3 dengan yang last aku dapat Dean list.
Alhamdulliah aku grad dengan 1st Class Degree Holder (Hons)….sebab dah skor time 1st semester kalo tak aku mesti kene bayar balik PTPTN.
Dari pengalaman, sebenarnye semua Universiti sama je susah die. Takda makna UiTM senang giler berbanding Universiti lain. Sebenarnye die bergantung kepada individu tu sendiri.
Kalau kau rajin and komited dalam study Insyallah akan cemerlang. Apa2 pun berbalik kepada individu.
Kalau UiTM senang sangat kenapa ada juga yang repeat paper, yang extend, kenapa???????
Tapi memang tak dapat dinafikan Universiti lain ada bermacam-macam bangsa and kadang-kadang ada student International so susah sikit nak compete.
Tapi berbalik kepada individu tu jugak kalau ko memang work hard.
Insyallah mereka pun korang boleh tumpaskan..
Untuk makluman UiTM menggunakan 100% English dalam pembelajaran.
Tak kira time lecture or exam semua English. Dari situ die develop cara kite bercakap and konfiden semua dalam English.
Kesimpulannye tak kisah la Universiti mana-mana pun yang penting UiTM dihatiku. Sebenarnye apa2 berbalik kepada individu tu sendiri..kalau die tak perform memang result pun teruk la. So akhir sekali berbalik kepada Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. – madeinuitm.com