• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Negeri Bina Politeknik Baharu Tahun Ini – KPT

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima peruntukan berjumlah RM420 juta daruipada kerajaan untuk membina tiga politeknik baharu di Terengganu, Perak dan Sabah, tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebanyak RM180 juta akan digunakan untuk membina bangunan kampus kekal Politeknik Besut di Terengganu, RM220 juta bagi Politeknik Bagan Datok, Perak dan RM20 juta untuk Politeknik METrO Tawau.

“Pembinaan politeknik di Besut akan memberi manfaat kepada 1,200 pelajar apabila ia siap sepenuhnya dua tahun dari sekarang.

“Buat masa sekarang, terdapat 35 orang pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Teknologi Digital di Politeknik Kuala Terengganu dan pelajar ini akan berpindah ke bangunan sementara Politeknik Besut yang bakal beroperasi pada pengambilan Julai ini.

“Seramai 150 pelajar baharu mampu ditempatkan dalam bangunan sementara itu yang mempunyai kelas, bangunan pentadbiran dan makmal,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Politeknik Besut di Kampung Raja di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Inovatif Negeri, A Latiff Awang, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, Nawi Mohammad dan Ketua Pengarah Jabatan Pendididikan Politeknik, Datuk Amir Md Noor.

Idris, yang juga Anggota Parlimen Besut, berkata dua kursus tambahan akan diperkenalkan di kampus baharu itu kelak iaitu Diploma Kraf Industri dan Diploma Reka bentuk Fesyen Batik memenuhi keperluan industri batik digital dan kreatif negara di masa hadapan. – BERNAMA

Tags: Politeknik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

31/07/2024
0

JIKA anda menetap di sekitar Seremban, Negeri Sembilan atau daerah berjiran iaitu Sepang, Selangor, nama Gastrohub Restaurant & Event Space...

Kemasukan Pelajar Baharu UA, IPTS Mulai 1 Julai

28/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kemasukan pelajar baharu universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd