• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Syarikat Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu dua syarikat di sekitar Ipoh selepas disyaki menggunakan perisian salinan langgaran (cetak rompak) bagi menjalankan perniagaan mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata serbuan ke atas syarikat reka bentuk dalaman di Taman Canning dan syarikat kejuruteraan di Silibin itu masing-masing dilakukan pada 22 dan 23 Mac lepas.

Katanya kedua-dua serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK Perak yang terdiri daripada enam anggota dan dua wakil Gabungan Perisian Perniagaan (BSA) selaku pengadu.

“Dalam serbuan pertama, sebuah komputer riba jenama Lenovo disita kerana disyaki mengandungi tiga perisian salinan langgaran iaitu perisian ‘Office Enterprise 2007’, ‘Auto Cad 2012’ dan ‘3DS Max Design 2014’.

“Bagi serbuan kedua, sebuah komputer disita kerana disyaki mengandungi satu perisian salinan langgaran iaitu perisian ‘Auto Cad 2014’,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Ahrazzuddin berkata nilai sitaan dalam kedua-dua serbuan tersebut yang menggunakan perisian salinan langgaran hak cipta Adobe, Autodesk dan Microsoft dianggarkan sebanyak RM64,000.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 setiap keping perisian cetak rompak atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tambahnya, bagi tempoh Januari hingga kini, KPDNKK Perak telah membuat tiga serbuan melibatkan nilai sitaan mencecah RM82,000.

Sementara itu, sepanjang tahun lalu pihaknya telah membuat 10 serbuan dengan nilai sitaan kira-kira RM115,311, namun sehingga kini belum ada syarikat dituduh di mahkamah kerana sebahagiannya masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd