• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Maut Dirempuh Kenderaan Elak Bangkai

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 1, maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang cuba mengelak bangkai lembu di Kilometer 55 Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan berkata kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi semasa mangsa Zharfan Najwan Zainal Abidin serta Muhamad Daniel Iman Muhamad Faizal, kedua-duanya berusia 17 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka ke Kota Gelanggi 3 di Jerantut mengelak ke kanan selepas melihat bangkai lembu di laluannya.

Ia menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan motosikal mangsa yang berada di hadapannya. Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah tidak dapat mengelak lalu tercampak ke atas jalan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mazlan menambah jenazah Zharfan Najwan yang berasal dari Jengka 12 dan Muhamad Daniel Iman dari Jengka 9 dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala pemandu Hilux berusia 29 tahun yang merupakan seorang peniaga tidak cedera.

Beliau menambah dalam kejadian berasingan kira-kira lima minit selepas itu, dua lelaki termasuk seorang warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Subuh maut selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Besar Felda Jengka 15 di sini.

Mazlan menambah dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, mangsa Ab Rahman Mat Noh, 73, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Jengka 15 tidak menyedari beliau telah menentang arus.

Manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Mohd Hirmab Zulkapli, 24, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Jengka di sini, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Jengka 16 selepas tamat bertugas syif malam.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Ab Rahman menunggang motosikal melawan arus manakala Hirmab tidak menyedari kehadiran mangsa kerana keadaan cuaca yang gelap dan berkabus tebal,” katanya.

Mazlan berkata jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan semua kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: DSP Mazlan Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Pahang

24/07/2017
0

KUANTAN - Satu mayat lelaki yang hanya berseluar pendek ditemui terapung di Sungai Pahang berhampiran Kampung Paya Pasir, Maran dekat sini, tengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd