• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Dewan Negara Dilantik Pada Sidang DUN

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Proses pemilihan dua Anggota Dewan Negara akan diadakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan mula bersidang selama enam hari bermula 4 April ini, kata Speaker S. Thangasvari.

Beliau berkata proses pemilihan itu diadakan bagi menggantikan bekas Anggota Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong dan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai senator pada 20 April depan.

“Pemilihan akan dibuat secara undian dan pemilihan baharu ini juga akan berkuat kuasa 21 April ini,” katanya pada sidang media menjelang Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima DUN Perak ke-13 di sini hari ini.

Persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima DUN Perak Ke-13 akan diadakan pada 4 hingga 11 April depan (tidak termasuk Sabtu dan Ahad) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, dengan istiadat pembukaan akan disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Menurut Thangasvari lagi, Jalan Panglima Bukit Gantang berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan akan ditutup sewaktu istiadat pembukaan yang bermula dari pukul 8 hingga 10 pagi, Selasa depan. – BERNAMA

Tags: DUNDUN PerakSpeaker S. Thangasvari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Tolak Rayuan 372 Peneroka Felda

Next Post

Pembiayaan Bersih Sektor Swasta Berkembang – BNM

Related Posts

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

05/12/2024
0

Ipoh: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion iaitu jumlah...

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan Negeri Di Kedah

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan Negeri Di Kedah

09/08/2023
0

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengulangi keyakinan sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk...

Next Post

Pembiayaan Bersih Sektor Swasta Berkembang - BNM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd