• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Penguat Kuasa Agensi Lindungi Pusat Urut Ditahan

oleh
14/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di dua lokasi di Selangor dan satu di sini.

Mereka yang ditahan dalam operasi khas SPRM merupakan dua pegawai polis berpangkat Inspektor yang juga ketua balai polis, lima anggota polis, empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan SPRM Selangor pada pukul 9 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

Sumber itu menjelaskan risikan SPRM selama hampir tiga bulan mendapati kesemua mereka menerima rasuah secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor.

“Mereka ini diamanahkan mengambil tindakan terhadap pengusaha premis yang melanggar undang-undang.

“Sebaliknya mereka telah menyalahgunakan kuasa dengan menerima rasuah bagi melindungi premis yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggaji pendatang tanpa izin dan melanggar aspek keselamatan kebakaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber itu berkata siasatan mendapati mereka bukan sahaja menerima rasuah malah menggalakkan perkembangan kegiatan tidak bermoral dalam premis urut berkenaan.

“Siasatan awal mendapati premis urut haram ini menyediakan perkhidmatan pelacuran secara terbuka dan mereka tidak takut menjalankan kegiatan itu kerana mendapat perlindungan daripada penguat kuasa pelbagai agensi.

“Kesemua suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap premis urut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada seorang inspektor di rumah dan pejabatnya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM, Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

“Kesemua suspek yang berusia antara 26 dan 53 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk direman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Agensi KerajaanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd