• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

107 Belia Luar Bandar Sertai Program Vokasional

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Seramai 107 belia dari kawasan Sebuyau, Sadong Jaya, Serian, Tebedu, Pedawan, Bau dan Lundu menyertai Program Bergerak Transformasi Vokasional Belia yang diadakan dari 11 Mac hingga semalam.

Penutupan program yang diadakan di Kem Bina Negara Sempadi, Lundu itu disempurnakan Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama Setiausaha Tetap Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Kameri Affendi semalam.

Program itu merupakan satu daripada usaha sama strategik pintar Strategi Lautan Biru Kebangsaan negeri Sarawak diterajui kerajaan negeri bersama-sama Tentera Darat Malaysia.

Ia bertujuan meningkatkan taraf kehidupan belia luar bandar dan pedalaman di negeri ini menerusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional agar mereka mampu berdaya saing dalam pasaran pekerjaan dan melebarkan peluang untuk bekerja di sektor ekonomi.

Peserta telah menjalani latihan kemahiran melibatkan sektor pembinaan, penyediaan makanan, kecantikan, gunting rambut serta seni tari.

Hasil daripada latihan, peserta akan menerima ‘kad hijau’ yang melayakkan mereka bekerja dalam sektor pembinaan pada masa hadapan selain ditawarkan untuk menjalani program susulan dalam institusi latihan dengan tajaan sepenuhnya oleh kerajaan. – BERNAMA

Tags: Belia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd