• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Sedia Beri Kerjasama Siasat Kerugian BNM

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata beliau bersedia memberikan kerjasama berhubung siasatan dakwaan kerugian dagangan pertukaran asing berjumlah US$10 bilion oleh bank pusat pada 1990-an.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Zeti berkata isu itu tidak pernah dibangkitkan semasa tempoh 16 tahun beliau berkhidmat sebagai gabenor.

“Bank pusat kini mempunyai pengurusan risiko dan struktur tadbir urus paling ketat bagi memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

“Siasatan selesai sebelum tempoh saya menjadi gabenor. Saya berkhidmat dengan bank pusat selama 35 tahun. Selepas peristiwa itu, disiplin yang ketat dilaksanakan,” katanya.

Zeti berkata demikian selepas majlis pelancaran enam buku dan sebuah monograf mengenai Kewangan Islam yang diterbitkan oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

“Ia adalah perkara yang berlaku hampir 30 tahun lalu. Ia adalah hasrat kepimpinan sekarang yang mahu menyiasat perkara itu. Tetapi, saya tidak boleh mengulas sehingga siasatan selesai,” katanya.

Semalam, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dilantik mengetuai pasukan petugas khas untuk menyiasat berhubung kerugian pertukaran asing itu.

Pasukan petugas ini juga akan menentukan kerugian sebenar dan sama ada berlaku sebarang salah laku prosedur dan pentadbiran kewangan, dan sejauh mana ia dilindungi kemudiannya.

Bulan lepas, bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa bank pusat mengalami kerugian berbilion-bilion dolar dalam dagangan pertukaran asing, tetapi tiada sebarang siasatan dibuat bagi menentukan siapa yang bertanggungjawab.

Sementara itu, turut hadir pada majlis hari ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti INCEIF Daud Vicary Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas Cagamas Bhd Datuk Chung Chee Leong dan dan Pengarah Eksekutif Kewangan/Ketua Pegawai Kewangan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Mohd Izani Ghani.

Enam buku dan monograf tersebut menampilkan pelbagai topik mengenai Kewangan Islam dengan penulis-penulisnya terdiri daripada dalam kalangan ahli fakulti INCEIF, pelajar ijazah Kedoktoran (PhD) dan alumni.

“Universiti juga melihat kepada penerbitannya dan bukan hanya bagi pembinaan kapasiti dan pembangunan tenaga kerja, Selepas 10 tahun penubuhan, kami amat berbangga dengan apa yang dicapai INCEIF,” kata Zeti.

Beliau juga merupakan Kanselor INCEIF.

Empat daripada penerbitan yang dilancarkan itu diterbitkan dengan penajaan daripada Cagamas, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia dan Khazanah Nasional. – BERNAMA

Tags: BNMZeti Akhtar Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd