• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Pendahuluan Untuk Beli Pemain Rasuah – Annuar

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan pasukan tertentu memberi wang pendahuluan kepada pemain yang masih terikat dengan pasukan lain bagi mendapatkan khidmat pemain itu merupakan satu bentuk rasuah.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, perbuatan itu sangat tidak beretika walaupun pasukan berkenaan mampu menawarkan pakej gaji yang menarik kepada pemain terbabit.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus berani mengambil tindakan terhadap kelab yang tidak mendapat kelulusan untuk berunding dengan pemain yang masih terikat dengan pasukan lain.

“Beberapa kelab menawarkan pakej gaji yang menarik dan juga memberikan pendahuluan tunai kepada peserta yang masih terikat dengan pasukan lain. Ia adalah tidak beretika dan sebahagiannya merupakan satu bentuk rasuah,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini.

Justeru, Annuar berpandangan, sistem sekatan gaji ke atas pemain seperti di Australia perlu dilaksanakan di negara ini kerana kebanyakan pasukan dalam Liga Malaysia masih bergantung kepada dana negeri.

Jelas beliau, polisi di Australia itu menyaksikan setiap pemain di negara berkenaan dikenakan sekatan tersebut kecuali empat pemain `marquee’ dalam setiap pasukan.

Dalam pada itu, beliau menerangkan, pasukan Kelantan bergelut dengan masalah kewangan bermula tahun 2012 apabila ramai pemainnya waktu itu meminta gaji yang lebih tinggi.

Menurut beliau, pemain terbabit membuat permintaan itu kerana mereka ditawarkan dengan bayaran lumayan oleh pasukan lain selepas Kelantan muncul juara treble Liga Malaysia.

“Apabila kita memenangi kejuaraan treble pada tahun 2012, kami hanya menghabiskan RM3 juta. Tetapi keadaan berubah selepas itu dan kami terpaksa bersaing dengan permintaan.

“Kami mempunyai isu-isu kewangan tahun lepas berikutan beberapa penaja tidak menunaikan janji mereka. Kita mengalami kekurangan RM5 juta kerana masalah penajaan. Bajet tahunan berdasarkan penajaan dan pada tahun lepas sebanyak RM16 juta,” katanya.

Selain itu, katanya, pasukan Kelantan turut berhadapan dengan masalah apabila ada penaja menuntut supaya nama syarikat mereka dicetak pada jersi pasukan sedangkan tajaan cuma bernilai RM200,000. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMpemain bola sepakrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd