• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Keluar Parti Pengajaran Untuk Semua

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka merupakan satu pengajaran kepada semua parti politik tentang politik, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Ia berlaku selepas Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) berkata seorang daripada menteri akan meletak jawatan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan empat wakil rakyat DAP yang keluar parti semalam.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Belia dan Sukan dan Johor Petroleum Development Corporation Bhd. di sini hari ini berkata beliau tidak pasti punca keempat-empat wakil rakyat DAP itu meninggalkan parti.

“Itu hal mereka tetapi ia satu pengajaran kepada semua parti politik. Anda tidak boleh mendapat kepastian. Anda perlu memastikan parti beroperasi dengan baik dan anggota berpuas hati dengan dasar di dalam parti,” katanya.

Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka, Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Anggota Parlimen DAP Kota Melaka, Sim Tong Him keluar daripada parti semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Mohamed Azmin, Khairy berkata sejak dari mula semua anggota Kabinet tidak percaya dengan dakwaan itu.

“Kerana dalam Kabinet, kami semua adalah rakan, kami boleh bertanya sesama sendiri. Kami saling bertanya dan mendapati ia tidak berasas. Saya tidak tahu apa maklumat yang dia (Mohamed Azmin) ada tetapi yang pasti ianya tidak berasas,” katanya.

Jumaat lepas Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri meletak jawatan.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor itu selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan. – BERNAMA

Tags: adunDAPKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd