Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Dua Suspek...

KUALA LUMPUR - Polis memburu dua individu yang terlibat dalam rompakan bersenjata melibatkan...

Kes Bunuh Rakyat Myanmar...

GEORGE TOWN - Polis percaya penemuan mayat seorang lelaki Myanmar berusia 40 tahun...

Pengarah, Penulis Skrip Mentega...

KUALA LUMPUR: Kenderaan milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang, Khairi...

Shabery Dedah Pengalaman Bersama...

MARANG - Setelah 30 tahun berlalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk...

Veteran UMNO Terharu Terima Kunjungan Najib

PEKAN – Biarpun tidak mampu melahirkan kegembiraannya dengan kata-kata, namun linangan air mata sudah cukup menceritakan rasa terharu seorang veteran UMNO yang menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Felcra Kampung Sri Makmur di sini, hari ini.

Uyub Abdullah, 89, yang terlantar di katil akibat lumpuh pada bahagian kanan tubuhnya, kelihatan sedaya upaya cuba berinteraksi dengan Najib sebaik sahaja pemimpin negara itu mengunjungi kediamannya pagi tadi.

Najib, yang meluangkan masa lebih 15 minit beramah mesra dengan Uyub, turut menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga Uyub.

Menurut anak perempuannya, Zalazelah, 40, bapanya amat mengagumi kepimpimpinan Najib dan merasa teruja apabila dimaklumkan Anggota Parlimen Pekan itu akan melawatnya hari ini.

“Ayah sangat meminati perdana menteri sehinggakan di hadapan rumah kami turut digantung poster wajahnya. Sebelum ini ayah aktif sebagai ahli UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Uyub, yang pernah menjadi Tentera British selama lima tahun bermula pada 1951, diserang angin ahmar sejak Julai lepas dan bergantung kepada minuman susu khas.

Zalazelah dalam masa yang sama turut merakamkan penghargaan kepada Najib kerana sudi meluangkan masa menziarahi bapanya walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan lain yang lebih penting. – BERNAMA

Kategori