• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Selangor Tolak Peletakan Jawatan Jamal

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO Selangor hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar.

Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu dibuat selepas menilai segala sumbangan Jamal terhadap kelangsungan parti terbabit terutamanya semasa membantu memenangkan BN pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun tahun lepas.

Katanya, keputusan UMNO Selangor itu akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti untuk dipertimbangkan dan sebarang kata akhir mengenai hal tersebut tetap bergantung kepada majlis berkenaan.

“Jamal masih layak memegang jawatan itu malah tidak pernah melakukan kesalahan sehingga didakwa di mahkamah.

“Apa pun keputusan MT, kami tetap akur. Badan perhubungan negeri tiada kuasa dalam menentukan hal keanggotaan dan perkara yang berkaitan,” kata Noh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO Selangor di sini.

Sebelum ini, Jamal dilaporkan nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan UMNO susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lepas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai catatan Twitter Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang mendakwa ada menteri kanan telah meletak jawatan, Noh menyifatkannya sebagai ‘kenyataan pemimpin khayal’.

Beliau berkata tindakan Mohamed Azmin itu sebenarnya tidak fokus dan tersasar kerana Anggota Parlimen Gombak itu ‘terkejut’ dengan keputusan beberapa wakil rakyat DAP Melaka yang meletak jawatan.

Kelmarin, Mohamed Azmin dalam catatan Twitternya mendakwa ada menteri kanan meletak jawatan kerana tidak mahu bersekongkol dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun disangkal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md YunosNoh OmarUMNO Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

14/07/2023
0

GOMBAK : UMNO Selangor mengesahkan parti itu akan bertanding di lebih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd