• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Venue Jika Ancam Keselamatan – Khairy

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia pertimbang mengubah lokasi perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 28 Mac ini jika terdapat ancaman keselamatan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan pandangan dan jaminan keselamatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung status perlawanan tersebut.

“Kalau dapat ubah venue, seeloknya ia diubah bagi menjamin keselamatan pemain kerana faktor keselamatan pasukan adalah keutamaan saya,” katanya pada sidang media mengenai Transformasi Nasional (TN50) di sini, hari ini.

Katanya, beliau akan meminta AFC memantau keadaan keselamatan di Pyongyang susulan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang sedang melalui fasa yang agak rumit.

Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara dalam perlawanan pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas.

Semalam, Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kes Jong-nam.

Diplomat Korea itu dilaporkan memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai ‘sesuatu untuk disembunyikan’ dan mendakwa Malaysia ‘berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar’ dalam pengendalian kes kematian itu. – BERNAMA

Tags: AFCFAMKhairy JamaluddinKorea UtaraPiala Asia 2019
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd