• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu Laporan PTG Bauksit Kembali Beroperasi

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri masih menunggu laporan penuh daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung aktiviti perlombongan bauksit yang didakwa kembali beroperasi di Kampung Jeram, Beserah, dekat sini.

Ini berikutan kewujudan dua jentera pengorek yang disedari penduduk di kampung itu pada Isnin lepas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau sudah meminta pihak PTG membuat laporan tentang perkara itu termasuk status lombong tersebut kepadanya selepas beliau diberitahu mengenai dakwaan pengoperasian semula aktiviti perlombongan berkenaan.

“Saya masih menunggu laporan daripada PTG…saya hendak tahu apa perkembangan sebenar situasi ini sebab kita tidak boleh mengulas berdasarkan ‘hearsay’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah pasar raya baharu di sini hari ini.

Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) Ali Akbar Othman dipetik dalam laporan Bernama Selasa lepas sebagai berkata kewujudan jentera itu disedari penduduk kampung pada petang Isnin menyebabkan mereka nekad mendapatkan penjelasan kontraktor terlibat.

Ali Akbar berkata hasil perbincangan, kontraktor terbabit mendakwa mereka mempunyai surat kelulusan bagi kerja memunggah dan membersihkan stokpile bauksit di lombong berkenaan.

Selain itu, Adnan berkata Kerajaan Negeri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam usaha kementerian menangani isu itu.

Beliau yakin kementerian berkenaan mempunyai cara dan kaedah tertentu untuk menyelesaikan permasalahan itu dalam tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa pada masa ini.

Sebagai rekod, tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit bermula pada 15 Januari tahun lepas dan telah beberapa kali disambung dengan tempoh terakhir dijangkakan pada 31 Mac depan. – BERNAMA

Tags: bauksitPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd