• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Suruhanjaya Khas Bendung Judi Haram

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIKET judi haram bagaikan sesuatu ‘virus’ yang sukar untuk dicegah. Malah sindiket ini bukan sahaja beroperasi di bandar, tetapi turut menular hampir ke seluruh kawasan luar bandar. Mungkin terdapat pihak yang memandang remeh terhadap perkara sebegini, tetapi sebenarnya, punca kepada permasalahan judi ini boleh menyumbang kepada gejala sosial yang lebih buruk. Apa yang kita khuatiri ialah generasi muda yang kian berjinak dengan kancah perjudian. Permasalahan sebegini hanya akan membantutkan lagi usaha kerajaan untuk kita merealisasikan Transformasi Nasional 2050 bagi mewarisi sebuah negara yang hebat dan maju.

Di Selangor umpamanya seperti yang dilaporkan oleh media, premis judi haram ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pihak kerajaan negeri Selangor harus menzahirkan kesungguhan mereka dalam memerangi sindiket yang dikatakan dipayungi wang bagi membolehkan premis ini beroperasi di bawah lesen hiburan dan keluarga. Sudah tiba masanya untuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghidu kegiatan kotor mereka jika benar terdapat kuasa wang yang menaungi premis tersebut.

Sehubungan dengan ini, saya ingin menyarankan agar satu suruhanjaya kabinet khas ditubuhkan bagi membanteras kegiatan judi haram secara keseluruhannya kerana ianya mengundang kepada permasalahann sosial. Ianya juga berupaya untuk memantau sindiket judi haram di seluruh negeri terutamanya Negeri Selangor yang mungkin ada kaitanya di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Oleh itu, suruhanjaya ini perlu diwujudkan dengan segera kerana jika tidak dibendung lebih awal, banyak permasalahan sosial mungkin timbul.

Selain itu, kajian semula terhadap pemberian lesen hiburan dan keluarga perlu dilakukan serta diperketatkan. Saya menyarankan agar kerajaan pusat dapat memantau kerajaan negeri membuat pemantauan secara lebih dekat dengan melihat sendiri peralatan hiburan yang ditawarkan kepada pelanggan selari dengan kehendak peraturan lesen hiburan dan keluarga yang akan dikeluarkan. Selain itu, pihak pengusaha juga perlu mempamerkan inventori peralatan hiburan di luar kedai bagi tujuan pemeriksaan pihak berkuasa agar peralatan yang digunakan adalah sama seperti yang dimohon dan tertera pada kedai.

Kenyataan Media oleh
YB. Datuk Seri Dr. Irmohizam bin Ibrahim

Ahli Parlimen Kuala Selangor
Merangkap Presiden Majlis Belia Selangor

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Suruhanjaya Khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd