• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi MH370 Tidak Jejas Kedatangan Pelancong China

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya di Sabah yang melibatkan warganegara China tidak menjejaskan kedatangan pelancong negara Tembok Besar itu ke negara ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Datuk Siow Chen Pin berkata ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah kedatangan pelancong dari China yang merekodkan seramai 1.68 juta orang pada 2015, iaitu peningkatan empat peratus berbanding jumlah kedatangan pada 2014.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas, jumlah kedatangan yang direkodkan adalah sebanyak 1.75 juta pelancong, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program FAM Trip Media Antarabangsa yang disertai 19 wakil media dari China.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Razi Kail.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada pagi 8 Mac 2014.

Pesawat itu belum dijumpai walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan ia dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asal.

Mengulas lanjut, Siow berkata pihaknya telah meluluskan sejumlah 200,000 permohonan visa ke Malaysia dari wilayah Yunnan pada tahun lepas dan menyasarkan sejumlah 300,000 permohonan pada tahun ini.

Beliau berkata bagi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negara ini, selain menggunakan penerbangan AirAsia, rakyat China juga boleh menggunakan pesawat Lucky Air yang melakukan penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu dari Kunming ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohamad Razi berkata Negeri Sembilan menyasarkan kehadiran sejumlah 8 juta pelancong pada tahun ini berbanding 7 juta pada tahun lepas.

“Di Port Dickson, misalnya, kita mempunyai 16,000 bilik yang mampu menampung kedatangan pelancong ke pusat peranginan ini yang mempunyai pantai yang cantik sepanjang 13 kilometer dan kita menyediakan prasarana yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Siow Chen PinMH370Pelancongan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Pertanian Basmi Kera Pemusnah Tanaman

Next Post

2 Pelajar Mengaku Rakam Video Dalam Kain Guru

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

2 Pelajar Mengaku Rakam Video Dalam Kain Guru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd