• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Katamaran: Nelayan Temukan 1 Mayat – APMM

oleh Ahmad Albab
04/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Nelayan tempatan menemukan satu mayat wanita yang tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah APMM Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata mayat wanita berbaju merah dan berseluar hitam itu ditemukan kira-kira 9.25 pagi.

“Mayat itu ditemukan di kedudukan lapan batu nautika barat daya Pulau Mengalum dan 13 batu nautika timur laut daripada tempat bot karam serta 20 batu nautika barat laut Pulau Tiga,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Adam berkata mayat terbabit telah diserahkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dihantar ke lokasi dan kini dalam perjalanan ke jeti Pasukan Polis Marin.

“Pasukan itu dijangka tiba di jeti pada 12.30 tengah hari dan mayat akan dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Adam berkata identiti mayat akan disahkan selepas itu bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan tragedi bot katamaran yang karam Sabtu lalu ataupun tidak.

Mengulas lanjut, beliau berkata penemuan mayat itu turut dijadikan petunjuk bagi pasukan SAR untuk mencari mangsa bot karam yang masih hilang di perairan berkenaan.

“Sehubungan itu, saya sudah menghubungi persatuan nelayan bagi membantu dalam operasi ini dengan memasang pukat tunda di kawasan sekitar lapan batu nautika dari Pulau Mengalum,” katanya.

Mengenai operasi SAR yang masuk hari kelapan hari ini, Adam berkata usaha mencari enam mangsa yang masih hilang dilakukan di kawasan seluas 1,900 batu nautika persegi.

Pencarian membabitkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei Darussalam itu melibatkan 16 aset masing-masing empat kapal, tujuh bot dan lima pesawat udara.

Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, 56 km di barat laut Kota Kinabalu.

Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd