• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Fitnah Kerajaan Dalam PRK Tanjong Datu

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Para pemilih dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu diingatkan supaya menolak sepenuhnya pembangkang, yang akan memfitnah dan mencipta isu bagi memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mereka berbuat demikian bagi menghasut orang ramai supaya tidak terus memberi sokongan kepada calon BN Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar sehari mengenai usahawan dan kepenggunaan anjuran kementeriannya yang dihadiri kira-kira 600 peserta di sini, hari ini.

Hamzah yakin para pengundi akan sedar tentang taktik pembangkang itu.

“Saya yakin, pada hari mengundi Sabtu ini, mereka akan memberi jumlah undi yang amat besar kepada Jamilah,” katanya.

Jamilah, balu kepada penyandang kerusi DUN Tanjong Datu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, dicabar dua calon pembangkang pada pilihan raya kecil itu.

Adenan, ketua menteri Sarawak kelima, meninggal dunia pada 11 Jan akibat komplikasi jantung.

Sementara itu, mengenai isu berus cat, Hamzah berkata bagi beliau, perkara itu bukan merupakan suatu isu sebenarnya.

“Kami memberi tempoh sebulan kepada peniaga untuk melabelkan dengan sewajarnya jenis berus yang mereka jual, termasuk menyatakan secara khusus sama ada ia diperbuat daripada bahagian tubuh babi atau anjing,” katanya.

Mengenai berus yang dirampas pula, beliau berkata, barangan itu akan dipulangkan kepada peniaga sekiranya ia mematuhi arahan yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: fitnahPRK Tanjung Datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd