• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Beri Bayangan Bertanding Jawatan Presiden FAM

oleh
08/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan untuk menerima pencalonan bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu status bergambar di laman Facebook rasmi ‘Johor Southern Tigers’ hari ini mendedahkan bahawa bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bakal diangkat menjadi jurulatih baharu pasukan kebangsaan.

“TMJ bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka,” memetik status berkenaan yang dimuat naik pada kira-kira 4.10 petang tadi.

Ia jelas menunjukkan perancangan rapi TMJ seandainya berjaya menduduki ‘kerusi panas’ FAM itu.

Semalam, TMJ juga sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk menerajui FAM serta bertitah kepada anakanda baginda supaya mengubah air muka bola sepak negara.

Mario Gomez yang merupakan bekas ketua jurulatih JDT telah membawa banyak kejayaan sepanjang mengendali pasukan berkenaan antaranya melakar sejarah menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menjadi orang pertama mengesahkan pencalonan untuk bertanding jawatan presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021, setelah menerima borang pengesahan daripada setiausaha agung semalam..

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang dihubungi Bernama hari ini berkata pengesahan pencalonan bagi tiga lagi calon presiden FAM iaitu Tunku Ismail, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Aseh Che Mat masih dalam proses.

“Saya harap semua pihak bersabar dan tunggu sehingga 13 Februari ini,” katanya ringkas.

Pada 26 Januari lalu, Khairy mengumumkan akan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden FAM jika Tunku Ismail bersetuju bertanding.

Sebagai menghargai tindakan ahli gabungan yang mencalonkannya, Khairy, bagaimanapun berkata beliau akan meletakkan Tunku Ismail sebagai pilihan utama dan sedia menarik diri jika TMJ bersetuju memegang tampuk pentadbiran FAM. – BERNAMA

Tags: Presiden FAMTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd