• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Terjemah Sokongan Menerusi Undi” – Kata Jamilah

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Di atas kertas, Barisan Nasional (BN) dilihat boleh menang mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Namun calon BN Datuk Amar Jamilah Anu mahu pengundi kawasan itu tetap turun beramai-ramai pada hari pengundian, 18 Feb ini bagi menterjemahkan sokongan mereka.

Abang kepada Jamilah, Datuk Sapuan Anu berkata adiknya itu mempunyai keazaman tinggi untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut seterusnya menyambung apa yang telah diusahakan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Beliau (Jamilah) berpesan supaya turun terjemah sokongan kepada undi. Jangan sokong saja di mulut tetapi tidak turun undi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Mesra Jiran di Kampung Stoh, Sampadi hari ini.

Sapuan mewakili Jamilah menziarahi 10 buah rumah dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan di kampung tersebut.

Beliau berkata adiknya (Jamilah) meminta maaf kerana tidak dapat turut sama turun padang kerana masih dapat tempoh edah.

“Dia memang suka aktiviti seperti ini bercampur-gaul dengan masyarakat, dia minta maaf tidak dapat sama hari ini.

Biarpun begitu yang penting beri sokongan kepada beliau dan parti yang memerintah, semua perancangan yang telah dibuat dia janji akan teruskan,” katanya.

Sapuan berkata anggota keluarga yang mewakili Jamilah berkempen sentiasa mengemas kini maklumat kepadanya setiap hari ini.

Dalam PRK DUN Tanjong Datu, Jamilah yang merupakan balu bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, akan ditentang calon Parti Reformasi Sarawak (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Raphelson Richard Hamit.

Pada pilihan raya negeri Mei tahun lalu, Adenan memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR Jazolipli Numan, yang mendapat 468 undi, dengan majoriti 5,892 undi. – BERNAMA

Tags: Puan Sri Jamilah Anu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Akan Keluarkan Risalah Mesej Daripada Jamilah Anu

14/02/2017
0

LUNDU - Ketiadaan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Penduduk Mahu Jamilah Teruskan Rancangan Tok Nan

05/02/2017
0

LUNDU - Semakin banyak pembangunan akan dapat dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sekiranya penduduk di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd