• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Titah Kambus Lombong Bauksit Terbiar

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah malam ini menitahkan pihak berkaitan dapat mengambus semula lokasi lombong bauksit yang terbiar di negeri ini.

Baginda bertitah langkah itu perlu dilaksanakan terutamanya di kawasan berdekatan penempatan penduduk bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti tiga kanak-kanak mati lemas di kawasan lombong bauksit petang tadi berulang kembali.

“Kita harap pihak pentadbiran dapat lihat tentang lokasi-lokasi lombong yang tidak digunakan, harus dikambus untuk keselamatan khususnya di kawasan perkampungan…

“Kalau boleh letakkan papan tanda tidak dibenarkan bermain di kawasan (bekas) perlombongan bauksit ini,” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Abdullah bertitah baginda sendiri akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian itu dan kawasan yang berkenaan.

Sementara itu, baginda turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka sabar serta reda dengan kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, mati lemas ketika bermain di kawasan tersebut. – BERNAMA

Tags: bauksitTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Datuk Seri Jual Duit Emas Potret Sultan Pahang

09/01/2019
0

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd