• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Sebulan Untuk Label Produk Bulu Binatang

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sebulan bermula hari ini kepada peniaga untuk melabel produk bulu binatang yang dijual kepada orang ramai.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia bagi mengelak kekeliruan kepada pembeli terutama yang beragama Islam berhubung produk yang menggunakan bulu binatang seperti babi dan anjing.

“Kita minta kalau boleh peniaga ambil kertas bersaiz A4 misalnya, dan tulis di situ ‘Barang-barang ini dibuat daripada bulu binatang’,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa peniaga produk bulu binatang sepatutnya lebih beretika dan bertanggungjawab dalam memaklumkan pembeli tentang kewujudan bahan seperti bulu babi atau anjing.

“Kedua-dua pihak harus faham dan bertanggungjawab untuk memaklumkan antara satu sama lain…kita mesti bekerjasama ke arah kehidupan dalam masyarakat berharmoni,” katanya.

Selasa lepas, Hamzah dilaporkan berkata kementerian itu telah menyita 2,003 berus cat diperbuat daripada bulu babi bernilai RM10,988.94 kerana pelanggaran Perintah Perihal Dagangan (Barang Diperbuat Daripada Bahagian Babi atau Anjing) 2013 yang menetapkan barangan tersebut perlu dilabel dan diasingkan.

Dalam pada itu, Hamzah berkata beliau telah mengarahkan pegawai penguat kuasa kementerian menghentikan serbuan ke atas premis yang menjual berus cat diperbuat daripada bulu babi berkuat kuasa semalam.

Beliau seterusnya berkata isu berus bulu binatang tidak seharusnya digunakan sesetengah pihak untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

“Jangan jadikan isu ini polemik untuk pecah belahkan sesama kita…kita (hidup) dalam negara yang berbilang kaum dan agama. Ini bukan isu politik dan kita perlu berhenti memburukkan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bulu HaiwanKPDNKKpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd