• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Noraniza Perjuang Irama Malaysia Sudah Suntuk

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Noraniza Idris tiada banyak masa untuk meneruskan misinya memperjuangkan lagu-lagu etnik dan irama Malaysia seandainya masih ada pihak tidak buka mata terhadap perjuangannya itu.

Dia yang mesra membahasakan dirinya sebagai Ani berkata, seandainya dia dan suami berpeluang menunaikan umrah pada tahun ini, dia membuat keputusan untuk tidak lagi berada di pentas persembahan sebaliknya akan terlibat sebagai orang belakang tabir.

“Saya dah berusia 49 tahun dan berada dalam industri hiburan lebih tiga dekad. Kalau perjuangan saya dalam mengangkat lagu-lagu irama Malaysia belum terlaksana, saya tidak mempunyai masa lagi kerana saya tidak selamanya di depan.

“Justeru saya harap pihak-pihak tertentu seperti Persatuan Seniman, Yayasan Artis 1 Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung di dalam industri agar terus memainkan peranan meletakkan seni dan akar budaya Melayu pada satu tahap membanggakan,” katanya kepada mStar Online.

Tempoh Noraniza Perjuang Irama Malaysia Sudah Suntuk
Noraniza Idris (kiri) danTyka (kanan) bersama rakan-rakan artis ketika pelancaran single mereka berjudul “Wangikanlah Hatimu”.

Noraniza Idris ditemui pada pelancaran single duet terbarunya bersama bekas peserta program realiti 3 Juara, Tyka berjudul Wangikanlah Hatimu bertempat di L’Classico Publika baru-baru ini.

Antara yang hadir pada majlis itu Datuk M. Nasir, Datuk D.J. Dave, Datuk Jamaludin Alias (Nash), Datuk Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah) dan Zed Zaidi.

Kata Noraniza, pemilihan Tyka untuk projek single Wangikanlah Hatimu adalah rentetan daripada program 3 Juara yang lalu di mana dia melihat potensi anak kelahiran Johor ini dalam mewarnai lagu irama Malaysia dengan baik.

Dalam pada itu, jelas penyanyi lagu Dikir Puteri ini lagi, dia berharap akan ada lebih ramai artis muda untuk terus memperkasakan lagu-lagu irama Malaysia agar ia tidak lapuk ditelan zaman.

Tambahnya lagi, artis-artis lain boleh mencontohi beberapa penyanyi muda antaranya Altimet yang bijak mengadun muzik moden dengan karya tradisional di mana lagu diketengahkan tidak sahaja menghiburkan malah sarat dengan unsur-unsur nasihat dan motivasi. – mStar Online

Tags: Noraniza Idrispenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Korea Selatan ‘Bosan’ Dengan Perhatian

Next Post

Remaja Meragut Sebab Terdesak Nak Kahwin

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Remaja Meragut Sebab Terdesak Nak Kahwin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd