Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Justin Bieber Selebriti Bawah...

JIKA tahun lalu, senarai selebriti bawah 30 tahun paling kaya diungguli Lady Gaga,...

Suntikan Vaksin COVID-19 Tidak...

PORT DICKSON - Suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa dan ia selari dengan...

Renjatan Elektrik Berlaku Akibat...

Kota Bharu : Polis mengesahkan kematian tiga beradik di Kampung Bendang Surau, dekat...

Donald Trump Bakal Bertemu...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi...

Tampil Lebih ‘Fresh’, Aweera Berambut Pendek

PENYANYI dan bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera merubah penampilan dirinya dari seorang yang berambut panjang kini mengayakan fesyen rambut pendek pula.

Menurut Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26, keputusan itu diambil kerana mahu tampil dengan imej lebih segar atau ‘fresh‘ sempena kedatangan tahun baharu.

“Tahun 2017 ini saya mahu buat pembaharuan terhadap diri saya dan mahukan imej yang lebih ‘fresh’.

“Jangan anggap bila dah potong rambut, imej rock akan hilang. Tidak dan sebenarnya saya rasa rock tak semestinya wajib berambut panjang.

“Ramai yang tersalah tafsir sebenarnya, sebab bagi saya rock itu datangnya dalam jiwa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Tampil Lebih 'Fresh', Aweera Berambut Pendek

Imej baharunya itu namun ditentang oleh segelintir peminatnya yang lebih gemar dia mengekalkan imej rambut panjangnya.

Pada hemat mereka sekiranya Aweera berambut pendek maka hilanglah identiti rock yang dibawanya itu.

“Memang sukar juga nak buat keputusan potong rambut pendek sebab dah terlalu lama dan selesa berambut panjang.


“Saya tahu ramai yang terkejut bila saya berambut pendek dan saya faham rambut kerinting itu dah sinonim dengan Aweera, tapi saya mahu buat perubahan untuk tahun 2017.

“Saya juga akui ada peminat yang sokong dengan perubahan ini dan ada juga yang tidak suka kerana mereka takut imej rock saya hilang.

“Disebabkan itu juga ada halang dan tak bagi saya potong selain menyuruh saya untuk fikir sehabis baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aweera sedang membuat persiapan dan bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Wanita Cinta Teragung.

Sumber: Astro Gempak

Kategori