• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampil Lebih ‘Fresh’, Aweera Berambut Pendek

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera merubah penampilan dirinya dari seorang yang berambut panjang kini mengayakan fesyen rambut pendek pula.

Menurut Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26, keputusan itu diambil kerana mahu tampil dengan imej lebih segar atau ‘fresh‘ sempena kedatangan tahun baharu.

“Tahun 2017 ini saya mahu buat pembaharuan terhadap diri saya dan mahukan imej yang lebih ‘fresh’.

“Jangan anggap bila dah potong rambut, imej rock akan hilang. Tidak dan sebenarnya saya rasa rock tak semestinya wajib berambut panjang.

“Ramai yang tersalah tafsir sebenarnya, sebab bagi saya rock itu datangnya dalam jiwa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Tampil Lebih 'Fresh', Aweera Berambut Pendek

Imej baharunya itu namun ditentang oleh segelintir peminatnya yang lebih gemar dia mengekalkan imej rambut panjangnya.

Pada hemat mereka sekiranya Aweera berambut pendek maka hilanglah identiti rock yang dibawanya itu.

“Memang sukar juga nak buat keputusan potong rambut pendek sebab dah terlalu lama dan selesa berambut panjang.

“Saya tahu ramai yang terkejut bila saya berambut pendek dan saya faham rambut kerinting itu dah sinonim dengan Aweera, tapi saya mahu buat perubahan untuk tahun 2017.

“Saya juga akui ada peminat yang sokong dengan perubahan ini dan ada juga yang tidak suka kerana mereka takut imej rock saya hilang.

“Disebabkan itu juga ada halang dan tak bagi saya potong selain menyuruh saya untuk fikir sehabis baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aweera sedang membuat persiapan dan bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Wanita Cinta Teragung.

Sumber: Astro Gempak

Tags: Aweera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Palsu Hina Agama, Aweera Buat Laporan Polis

02/05/2018
0

PENYANYI bersuara tinggi, Aweera mengakui terkejut dengan kewujudan akaun palsu menerusi laman Facebook yang menggunakan gambarnya bagi tujuan menghina agama...

Bosan Bercinta, Aweera Lebih Selesa Hidup ‘Solo’

01/04/2018
0

PENYANYI, Aweera menegaskan dirinya masih solo selain belum terfikir untuk mencari pasangan hidup buat masa ini. Menurut Aweera, dia mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd