• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tukar Status Rumah Kepada Bukan Bumiputera

oleh
26/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor yang ditahan semalam kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu, dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.

Menurut sumber, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak tahun 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga menyebabkan mereka yang layak untuk mendapat rumah status bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

“Penukaran status itu dilakukan kerana apabila rumah-rumah berstatus bumiputera ditukar kepada bukan bumiputera, harga sesebuah rumah itu akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

“Ini sekaligus akan menguntungkan pihak pemaju dan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber berkata apabila penukaran status diluluskan dan dilaksanakan, mereka yang berstatus bumiputera dan masyarakat yang berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Menurut sumber, modus operandi pemaju terbabit untuk menukar status berkenaan adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status bumiputera.

Katanya pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar rumah-rumah berstatus bumiputera kepada bukan bumiputera dengan alasan rumah-rumah itu tidak berjaya dijual.

Baca: SPRM Tahan 6 Termasuk Anak Pegawai Kerajaan Johor

Juga: MB Johor Serah SPRM Siasat Kes Seleweng Hartanah

“Walhal apabila ditanya pembeli, pemaju akan memberi alasan rumah-rumah berstatus bumiputera telah habis dijual.

“Menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu dan (wang denda) sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan-kemudahan di kawasan perumahan,” katanya.

Sumber itu berkata hanya sebahagian daripada keseluruhan jumlah wang denda itu dimasukkan ke dalam tabung khusus itu manakala bakinya disyaki diselewengkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status bumiputera kepada bukan bumiputera.

“Ketika ini SPRM masih dalam proses menggeledah pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen-dokumen bagi membantu pasukan siasatan mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan tersebut.

“Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,” katanya.

Semalam, dalam satu operasi serentak, SPRM menahan enam lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun berkenaan di beberapa lokasi di Johor Bahru. Turut ditahan dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal itu.

SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Selain itu, sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan lebih kurang RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: rasuahSeleweng Hartanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd