Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

2 NGO Gagal Cabar...

PUTRAJAYA: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gagal dalam rayuan mereka untuk memperoleh kebenaran...

Kes Hasut Budak: LGE...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau akan...

Politeknik Turut Berperanan Tingkatkan...

NILAI - Sebagai institusi Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ulung di Malaysia, politeknik...

Brazil Catat 1,176 Kematian...

RIO DE JANEIRO - Angka korban Covid-19 di Brazil meningkat sebanyak 1,179 dalam...

Suspek Jong-nam Miliki Dua Kad Pengenalan Berbeza

SITI AISYAH, gadis Indonesia yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam dipercayai mempunyai dua pengenalan diri yang berbeza.

Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Penduduk dan Sivil Indonesia, Zudan Arif Fakrulloh, rekod peribadi yang diperoleh di Jabatan Pendaftaran mendedahkan wanita berusia 25 tahun itu mempunyai dua identiti dengan gambar peribadi yang berbeza.

Malah nombor kad pengenalannya (e-KTP) serta rekod pekerjaan Siti Aisyah dalam kedua-dua maklumat itu juga berlainan.

“Hasil carian seperti pada gambar yang dikongsikan di mana terdapat dua ‘individu’ sama, salah satu daripadanya menampilkan wajah yang ceria dengan rambutnya yang dibiarkan lepas.

Suspek Jong-nam Miliki Dua Kad Pengenalan Berbeza

Suspek Jong-nam Miliki Dua Kad Pengenalan Berbeza

“Nama yang dieja ‘Siti Aisyah’ dilahirkan di Serang, Indonesia pada 11 Februari 1992 dan bekerja sebagai usahawan.

“Sementara nama yang dieja ‘Siti Aisah’ pula dilahirkan pada 1 November 1989 dam merupakan seorang suri rumah.

“Kedua-duanya mempunyai nama, tarikh lahir, nombor pendaftaran dan alamat yang berbeza,” jelasnya.


Tambahnya, wanita itu juga tidak mempunyai rekod dalam Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia sebagai pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Suspek Jong-nam Miliki Dua Kad Pengenalan Berbeza

Siti Aisyah ditahan pada Khamis lalu di sebuah hotel di Ampang dan dipercayai merupakan antara empat suspek yang dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV yang diambil dari terminal klia2 pada hari kejadian.

Turut ditahan teman lelakinya yang berusia 26 tahun yang kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Isnin lalu, Jong-Nam iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di Klia2 pada jam 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China apabila seorang wanita dikatakan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori