• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sungai Besar Kini’ Ketengah Isu Santai, Semasa

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Akhbar ‘Sungai Besar Kini’ yang dilancarkan hari ini mengetengahkan isu santai dan isu semasa yang dekat dengan hati penduduk di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Pelancaran akhbar berbantuk tabloid itu disempurnakan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof di sini.

Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi berkata akhbar terbitan pihaknya itu menampilkan penulis terdiri daripada sukarelawan tempatan.

“Ia juga sebagai wadah untuk menangkis fitnah pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran akhbar itu.

'Sungai Besar Kini' Ketengah Isu Santai, Semasa

Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, berkata sebagai permulaan akhbar itu dirancang diterbitkan setiap dua minggu.

Katanya akhbar itu akan diedar secara percuma kepada penduduk setempat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di kedai makan, surau dan masjid.

Sementara itu, Akmar Hisham berkata inisiatif Budiman menerbitkan Sungai Besar Kini seharusnya dicontohi anggota parlimen BN lain kerana kaedah tersebut dilihat mampu menyebarkan maklumat serta dasar kerajaan persekutuan dengan lebih jelas kepada rakyat.

Beliau berkata walaupun media sosial mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat sekarang, akhbar masih mempunyai pengaruhnya tersendiri terutama di kawasan luar bandar.

“Diharap lebih ramai anggota parlimen meniru idea untuk menerbitkan tabloid bagi kawasan masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Budiman Mohd ZohdiSungai BesarTabloid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudah Pergi Pejabat YB, Tapi Selalu Tak Ada, Adu Wanita

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat...

Pesawah Mohon Pemotongan Pemutuan Dikurang

08/05/2018
0

SEKINCHAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengurangkan kadar pemotongan pemutuan padi kepada pesawah di kawasan Sekinchan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd