• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Individu Ikut Maklumat – MB Johor

oleh
26/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana dipercayai terlibat dalam rasuah serta penyelewengan hartanah dibuat berasaskan maklumat dan aduan yang diterimanya.

“SPRM membuat apa pun mesti berasaskan aduan dan sebagainya. Saya tidak fikir dia (SPRM) suka-suka (tahan) seperti apabila dia baru bangun tidur, terus hendak tembak atau pergi mencari orang (suspek),” kata beliau apabila diminta mengulas mengenai penahanan terbabit.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2017 di Dewan Taman Cendana di sini hari ini.

Mohamed Khaled juga belum dapat memastikan sama ada kerajaan negeri akan turut melakukan siasatan dalaman.

“Kita tunggulah SPRM dahulu, ia kurang matang untuk saya nyatakan awal mengenai apa-apa,” katanya.

Dua hari lepas, enam individu berusia antara 25 dan 50 tahun diberkas SPRM di beberapa lokasi di Johor Bahru, yang terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

SPRM semalam berkata kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Selain tangkapan, turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen.

Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan jumlah kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan. – BERNAMA

Tags: Khaled NordinrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd