• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 3 Penyelia Kem Tentera Terlibat Rasuah

oleh
25/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga penyelia kem tentera kerana disyaki terlibat rasuah dalam tender penyelenggaraan di beberapa negeri.

Menurut sumber, mereka yang berusia antara 33 hingga 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuantan pada 6.50 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata ketiga-tiga suspek merupakan penyelia di kem berasingan iaitu di Kota Bharu, Kelantan; Kuantan, Pahang; dan Kluang, Johor.

“Siasatan mendapati terdapat penglibatan orang tengah dalam proses kelulusan tender penyelenggaraan bernilai kurang daripada RM50,000 di kem-kem tentera di beberapa negeri termasuk Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Modus operandi yang mereka gunakan adalah dengan mendaftarkan beberapa syarikat kontraktor kelas F yang mempunyai lesen sah melalui permohonan tender,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber itu berkata pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam proses mengkaji dokumen permohonan dan inden kerja kemudian akan meluluskan syarikat-syarikat tersebut.

Menurut sumber berkenaan, sebanyak lima hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran akan diberikan kepada syarikat pemilik lesen, manakala wang selebihnya diberikan kepada orang tengah yang dilantik secara tidak sah untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan.

“Pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam meluluskan inden kerja itu disyaki menerima wang rasuah antara RM3,000 dan RM4,000 bagi setiap projek yang diluluskan,” katanya.

Akibat perbuatan itu, pihak pengurusan Kementerian Pertahanan (Mindef) mendapati kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak kerajaan.

Sumber itu juga berkata maklumat yang dikumpul SPRM mendapati perbuatan salah guna kuasa itu bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai bertugas di zon-zon terbabit tetapi juga pegawai dari Mindef.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan dan menurutnya siasatan mendalam akan dijalankan selain meneliti setiap dokumen berhubung projek-projek penyelenggaraan yang diluluskan sebelum ini.

Beliau berkata kesemua mereka direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pada Khamis lepas, dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan Staf Sarjan ditahan di Kuantan dan Temerloh, Pahang kerana disyaki terlibat rasuah. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRMTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd