• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Kata Annuar Bagi Kerjasama Penuh

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa Tan Sri Annuar Musa memberi kerjasama penuh kepada agensi itu melakukan siasatan ke atas dirinya.

SPRM berkata, Annuar malah hadir ke pejabat SPRM secara sukarela pagi ini bagi membantu agensi itu menyiasat dakwaan beliau menyalagunakan kuasa supaya membolehkan Mara menaja pasukan The Red Wariors (TRW).

“SPRM hari ini telah merakam percakapan Annuar berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa beliau ketika pernah menyandang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Beliau yang menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela pada pagi ini (Jumaat) telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat,” kata kenyataan itu hari ini.

SPRM memberitahu telah berjaya merakam percakapan lebih lima individu yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan ke atas Annuar.

Justeru, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

Annuar disiasat atas dakwaan cuba menyalahgunakan kedudukan sebagai Pengerusi Mara untuk membolehkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan bola sepak negeri Kelantan TRW.

Isu itu bermula apabila pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan Annuar mempergunakan kuasanya supaya Mara menaja skuad Kelantan.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan pihak terlibat menaja TRW atas dasar komersial sambil menyindir JDT kerana turut ditaja oleh pihak tertentu langsung atas ‘perintah’ individu yang berpengaruh.

Namun Annuar akur dengan keputusan daripada pihak Mara yang menggantung jawatannya sebagai pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MARASPRMTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd