Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Isu Rasuah Azmin, SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menemui pengacara TV Azwan...

Bomba Berjumpa Semula Dgn...

SAAT yang mensyahdukan apabila seorang anggota bomba yang sudah bersara hadir pada majlis...

Letupan Lombong: Mangsa Pertama...

KUALA TERENGGANU - Seorang warga Indonesia, mangsa letupan terowong lombong arang batu di...

Tekanan Kerja Punca Bijak...

KUALA LUMPUR - Sukar untuk dipercayai seorang doktor perubatan boleh tewas dan terjerumus...

Singapura Bunuh Puluhan Ayam Bising Ganggu Penduduk

SINGAPURA – Ketika masyarakat Tionghoa merayakan kedatangan Tahun Ayam Jantan Api sempena sambutan Tahun Baharu Cina, lain pula hal nasib yang menimpa unggas itu di Singapura.

Akhbar popular TODAY melaporkan, pihak berkuasa republik itu berjaya menghapuskan puluhan ayam jalanan yang terbiar merayau-rayau di sekitar kawasan Thomson View dan dari Blok 452 hingga 454 Sin Ming Avenue.

Tindakan dramatik itu terpaksa dilakukan oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) setelah agensi pemerintah tersebut menerima banyak aduan tentang bunyi bising hasil daripada kokokan ayam jantan tersebut.

Media tempatan sebelum itu melaporkan pihak berkuasa menerima lebih 20 aduan daripada penduduk tentang ayam yang bebas berkeliaran di kawasan tersebut pada tahun lalu, kebanyakannya berkaitan bunyi bising.

Ayam berkenaan mungkin datang dari kawasan hutan berdekatan dan difahamkan bahawa ungas itu bukanlah daripada jenis ‘ayam hutan’ (junglefowl), yang menyerupai ayam serta diiktiraf sebagai spesis terancam.

“Ayam-ayam gelandangan tersebut dihapuskan dengan cara eutanasia (ubat pelali), memandangkan tiada pilihan untuk memindahkannya pula ke tempat lain di Singapura,” menurut seorang jurucakap AVA semalam.

Jurucakap agensi itu juga berkata pihak berkuasa kini giat “memantau dan menjalankan operasi pengawalan bagi menjaga kesihatan orang ramai dan mengurangkan isu-isu yang mengganggu ketenteraman penduduk.”

AVA juga menjalankan pemeriksaan ke atas premis persendirian sebagai respons terhadap maklum balas berhubung ada penduduk memelihara ayam, bagi menentukan sama ada ia dibela menurut garis panduan standard ditetapkan.

Singapura Bunuh Puluhan Ayam Bising Ganggu Penduduk

Di bawah Akta Haiwan dan Burung AVA, pemilik di kawasan perumahan tidak dibenarkan memelihara lebih daripada 10 ekor binatang yang bukan untuk dijual secara komersial, termasuk ayam, di premis persendirian.

“AVA akan mengambil tindakan tegas ke atas pemilik yang memelihara lebih daripada 10 ekor ayam. Pihak kami juga akan menasihati pemilik terbabit mengenai tanggungjawab mereka sebagai pemilik binatang peliharaan.

“Mereka kena mengambil pelbagai langkah yang dapat mengurangkan bunyi bising haiwan peliharaan dalam rumah sendiri sehingga mengganggu ketenteraman jiran sekeliling,” menurut jurucakap agensi tersebut lagi.

Dalam pada itu, tinjauan agensi berita Mediacorp mendapati reaksi penduduk di kawasan terlibat adalah bercampur-baur, dengan ramai antaranya mengeluh setelah mendapat tahu tahu ayam-ayam itu bakal dihapuskan.

Manakala ada sebilangan kecil pula yang menganggap bunyi bising itu memang mengganggu ketenteraman hidup seharian mereka dan menyifatkan usaha AVA membunuh unggas berkenaan sebagai tindakan paling wajar.


Seorang penuntut politeknik iaitu Marc Loh, 18 tahun; berkata dia sudah mendengar bunyi kokokan ayam-ayam tersebut sejak usia kecil lagi, namun dia dan seluruh ahli keluarganya tidak pernah mengendahkan bunyi itu.

“Saya tidak kisah pun,” kata remaja tersebut ketika dia dan rakan-rakannya secara kebetulan cuba merakam gambar seekor ayam jalanan yang gembira bertenggek di atas sebatang pokok berdekatan kawasan perumahan mereka.

Singapura Bunuh Puluhan Ayam Bising Ganggu Penduduk

Seorang suri rumah, Stella Lourdes, 62, pula turut melahirkan perasaan kecewa apabila diberitahu tentang nasib malang terhadap ayam gelandangan itu: “Saya suka melihat ayam itu, dengan anak-anak ayam mengekori ibunya.

“(Malah) banyak guru tadika di sini kadang-kala membawa murid-murid datang ke kawasan ini untuk menunjukkan bagaimana rupa ayam-ayam tersebut kepada anak-anak kecil itu untuk mereka lebih biasa dengan unggas sebegini.”

Seorang wanita warga emas, Stella Hosoucheng, 63 tahun, pula adalah antara penduduk setempat yang berkata mereka berasa amat kurang senang dengan adanya banyak ayam berkeliaran bebas di kawasan tersebut.

“Bunyinya bising dan ayam-ayam itu suka mengepak-ngepak! Saya boleh mendengar ayam-ayam itu berkokok pada awal pagi…dan saya tidak menyukainya,” kata Hosoucheng, yang bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan.

Melahirkan sentimen serupa, seorang penduduk berusia 71 tahun, yang enggan nama didedahkan berkata: “Awal pagi lagi ia sudah kokok, kadang-kala sebelah petang juga.. Waima waktu malam, ia masih terus berkokok.”

Meskipun kehadiran ayam-ayam terbiar tersebut tidak menjejaskan kehidupan harian Jenet Tan, 40 tahun, wanita berkenaan juga berpendapat ia harus dihapuskan meskipun sedih diberitahu unggas itu sudah dibunuh AVA.

“Tetapi saya rasa ia satu langkah yang wajar, AVA perlu menghapuskan sebahagian daripadanya. Jika tidak, jumlahnya akan bertambah dan ia perlu dikawal daripada sekarang,” kata Tan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori