• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, 12 Cedera Van Langgar Tiang Elektrik

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang maut manakala 12 lagi cedera apabila van yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Batu 10, Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat sini awal pagi tadi.

Yang meninggal ialah pemandu van tersebut Shafie Wahab, 54, dari Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian kira-kira pukul 3.07 pagi ketika para mangsa dari Johor dalam perjalanan dari Alor Setar menuju Pendang.

“Siasatan awal mendapati van dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang elektrik dan terjunam ke dalam tali air.

“Pemandunya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mohd Rozi berkata mangsa yang cedera termasuk empat orang anak  Shafie iaitu Mohamad Shahzuan, 17, Nur Suhana, 14, Mohamad Shahril, 13, dan Nur Suhaila, 6.

“Seorang mangsa iaitu Nor Khusaini Mad, 30, dirawat di zon kuning manakala mangsa lain yang mengalami cedera ringan ialah Suriati Faidi, 38, Mohamad Shaharuddin Abd Malek, 23, dan Nur Aisyah Fathiha Mohamad Taufik, 4.

Turut cedera ringan Abdul Shukor Ahamad, 49, dan isteri Zainab Kasim, 47, serta anak mereka Habsah, 27, dan Siti Haisah, 23.

Kemalangan tersebut sedang disiasat, katanya dan menambah elakkan daripada membawa penumpang berlebihan dalam sesebuah kenderaan. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd